Sunday, October 19, 2014

SEJARAH SEKOLAH



SMK Tungku telah melakar sejarahnya yang tersendiri. Sekolah ini terletak lebih kurang 70 kilometer dari Bandar Lahad Datu. Pada 25 Januari 1983 merupakan tarikh keramat kerana pada hari itu SMK Tungku telah ditubuhkan walaupun pada peringkat awal sekolah ini telah menumpang dibangunan Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina di Kampung Dengan.

Penubuhan sekolah ini merupakan usaha murni beberapa orang penduduk setelah pada peringkat awal sekolah ini telah diterajui oleh En. Mohd Noor Bin Talanjor sebagai Pengetua dan dibantu oleh tiga orang guru.

Pada 26 April 1986, SMK Tungku telah berpindah ke tempat baru dan mempunyai bangunan sendiri. Beberapa kemudahan telah dibina di tapak baru sekolah ini termasuk asrama harian. Bangunan baru SMK Tungku telah dibina di atas tapak yang mempunyai keluasan 30 ekar. Sebahagian besar pelajar terdiri daripada bumiputera Sabah dan lain-lain bangsa. Manakala lebih kurang 90 peratus pelajar-pelajar sekolah ini beragama Islam dan selebihnya menganut agama lain.
SMK Tungku 2014


Penubuhan sekolah ini adalah satu rahmat khususnya kepada penduduk yang tinggal dalam daerah Tungku yang terdiri daripada golongan petani dan peneroka. Hal ini kerana mereka tidak perlu lagi menghantar anak-anak bersekolah di Bandar Lahad datu yang sudah pasti memerlukan biaya yang banyak.
Pembinaan jalan raya yang menghubungkan daerah Tungku dan Bandar Lahad datu yang telah siap dibina pada tahun 1993 telah membawa impak besar terhadap perkembangan SMK Tungku. 


Sumber : Majalah Dedaun Edisi Pertama 2007

No comments:

Post a Comment